Followers

My NamE

Saturday 26 February 2011

2 mati dalam kebakaran


ONG Ean Lee yang memangku anak perempuannya Loke Xin Yee, 2, hanya tinggal kenangan apabila dua beranak itu terbunuh dalam kebakaran di rumah mereka, di Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur, semalan


KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kehadiran pengawal dan pagar keselamatan di kawasan perumahan sepatutnya mengundang rasa selamat penduduk daripada penjenayah.
Namun ia bertukar menjadi mimpi ngeri buat sebuah keluarga di Taman Sri Sinar, Segambut di sini, apabila menjadi punca kelewatan bomba memadam kebakaran di rumah mereka.
Dalam kejadian pukul 5.45 pagi itu, pasukan bomba terpaksa mengambil masa lima minit untuk memotong pagar keselamatan di laluan masuk rumah tersebut hanya kerana tiada pengawal bertugas.
Dua mangsa, Ong Ean Lee, 33, dan anak perempuannya, Artina Loke Xin Yu, 2, mati lemas akibat terhidu bau asap.
Menurut jiran mangsa, A. Ananthan, 34, dia terjaga daripada tidur apabila terbau asap dan terdengar Ean Lee menjerit meminta tolong memanggil 'abang' beberapa kali.
"Saya hanya tahu tentang kebakaran itu selepas keluar dari rumah dan melihat api sedang marak.
"Saya cuba memanggil mangsa namun tidak menyahut dan ketika itulah saya sedar mereka terperangkap di dalam.
"Kami sekeluarga cuba membantu memadam kebakaran dengan menjirus air dari bahagian hadapan serta atas rumah tetapi api begitu marak," katanya ketika di temui di sini hari ini.
Ananthan berkata, sejurus melihat api marak, dia menghubungi bomba dan pasukan itu tiba kira-kira 10 minit kemudian.
"Bagaimanapun bomba dihalang masuk oleh palang ke kawasan perumahan ini kerana tiada pengawal keselamatan berjaga di situ.
"Saya difahamkan, mereka terpaksa memotong palang itu kira-kira 200 meter dari rumah mangsa sebelum datang memadamkan kebakaran," katanya.
Perkara itu turut dikesali suami Ean Lee, Celven Loke yang juga Ketua Bomba Sukarela Bahagian Kepong dan Batu.
Katanya, dia akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak keselamatan taman tersebut.
"Disebabkan tiada pengawal keselamatan menyebabkan bomba terpaksa mengambil masa untuk memotong palang tersebut," katanya yang ketika itu berada di Melaka dan mengetahui kejadian tersebut daripada jiran.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Othman Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.11 pagi sebelum berkejar ke tempat kejadian dan sampai 10 minit kemudian.
"Seramai 27 anggota melibatkan balai bomba Jinjang dan Sri Hartamas dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kami juga menemui dua mangsa korban dalam kebakaran terbabit. Ketika ditemui, Ean mati di atas katil manakala Xin Yu di lantai bilik utama," katanya.

No comments:

Post a Comment

http://www.cute-smiley.com

B