Guruku,
Kau ibaratkan lilin membakar diri,
Menerangi duniaku yang suci,
Supaya aku menjadi insan berbakti,
Pada masyarakat,negara dan diri.
Guruku,
Kau tiada galang gantinya,
Mengajar kami erti hidup di dunia,
Pimpin kami menuju bahagia,
Dorong kami capai cita-cita.
Guruku,
Kaulah insan mulia,
Moga engkau diredai Tuhan,
Terima kasih ku ucapkan,
Padamu yang tidak mengenal erti putus asa.
Guruku,
Tidak aku sanggup melukakan hatimu,
Kerana kau guruku,
Akan ku kotakan janjiku padamu guru.
Menjadi insan yang berguna,
Menggapai impian,
Di dunia dan akhirat
Wahai Guruku!
1 comment:
hai awak :) maksud awak, header?
awak boleh tgk tuto kat sini: http://hanietwisties.blogspot.com/2010/10/tutorial-buat-header-transparent.html
Post a Comment