Followers

My NamE

Friday 11 March 2011

Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun pada 11 Mac 2011


Gempa terbesar yang pernah melanda Jepun sejak 140 tahun yang lalu .. melanda pantai timur laut Jepun dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang menyapu segala²nya didaratan termasuklah rumah, kapal, kereta, bangunan pertanian dan lain² lagi

Tsunami Earthquake Japan

Rumah dipersisiran pantai dihanyutkan ombak besar tsunami di bandar Natori selepas gempa bumi berukuran 8.9 pada skala richter melanda timur laut Jepun pada hari Jumaat, 11 Mac 2011. Kesan gempa bumi itu menyebabkan ramai yang cedera dan hilang, bangunan runtuh, logi minyak terbakar dan sebagainya lagi.

Tsunami Earthquake Japan

Tsunami Earthquake Japan
Rumah terbakar yang dihanyutkan tsumai berdekatan lapangan terbang Sendai, Jepun.

Tsunami Earthquake Japan
Rumah terbakar dihanyutkan ke laut selepas tsunami dan gempa bumi di Kota Natori, timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Kenderaan dan kapal terbang dihanyutkan arus tsunami berhampiran Lapangan Terbang Sendai Airport, timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Rumah dan kereta dihanyutkan arus tsunami di bandar Kesennuma

Tsunami Earthquake Japan

Rumah² dihanyutkan oleh air laut selepas tsunami dan gempa bumi di Natori Bandar, timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Perahu nelayan dan kenderaan dibawa oleh gelombang tsunami di pelabuhan Onahama di bandar Iwaki, di wilayah Fukushima, utara Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Tsunami besar melanda pesisir pantai Iwanuma, Wilayah Miyagi, timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Kombinasi gambar² yang menunjukkan kereta dan kontena disapu oleh gelombang tsunami di pelabuhan Miyako.

Tsunami Earthquake Japan

Tsunami besar melanda pesisir pantai Iwanuma, Wilayah Miyagi, timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Rumah dan bangunan terbakar selepas gempa bumi melanda bandar Yamada, Iwate, timur laut Jepun pada 11 Mac 2011.

Tsunami Earthquake Japan

Sebuah pusaran air terbentuk berdekatan Kota Oarai, timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Tsunami memusnahkan kenderaan dan rumah di kota Kesennuma di Wilayah Miyagi, utara Jepun pada tarikh 11 Mac 2011.

Tsunami Earthquake Japan

Perahu nelayan dan kenderaan yang dibawa oleh gelombang tsunami di pelabuhan Onahama di bandar Iwaki, di wilayah Fukushima, utara Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Lapangan Terbang Sendai dibanjiri air laut selepas tsunami dan gempa bumi di Sendai, timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Kelihatan beberapa rumah masih lagi terbakar selepas terjadinya gempa bumi dan tsunami di bandar Natori, Wilayah Miyagi , timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Sebuah kilang runtuh di bandar Sukagawa, Wilayah Fukushima, Utara Jepun pada 11 Mac 2011.

Tsunami Earthquake Japan

Tsunami memusnahkan bangunan, rumah dan ladang di Bandar Sendai, Jepun


Sumber Rujukan: Gambar Terkini Kesan Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun | anastasyea.com 

Sedihnyerrr.... hilang mood.

Wahaaaa....uhuhuhu (sedih~ :-( , kenapalah perpisahan yg tak diduga ini berlaku jua. Sedih yg teramat. Kena pisah ngan cikgu kesayangan,baru jk beberapa bulan mengajar kami (kira-kira 3 bulan) ish. This is the last time i'm with my best best best teacher. I hope that i can see her again for the next next time. I will never forget u. Tak juga cikgu terus jadi guru kelas sampai ke ujung tahun ni. Aku akan cuba untuk lulus dlm ujian sebenar iaitu,UPSR.

Saturday 5 March 2011

Ujian yg sama akan melanda Negeri Sarwak dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak

Waahhhh !!! aku nak buat target 5A ! Ujian UPSR 2011 pun tinggal beberapa hari dak gik. Harap aku dpt buat yg terbaik lepas niii .... nampaknya,aku kena kurangkan bermain laptop. No gred C only A and B... nvm if i can't get better than that. I will do the best !Aku kena baca buku yg tebal2 dan banyakkan buat latihan.... 

Friday 4 March 2011

Contest Faceblog Banner Award

Aku edit gambar ni menggunakan PhotoScape...
Peace !  aku buat sdharna jk... janji siap.

Haaaa.... dh siap punnn !! Jeng.. Jeng.. Jeng !!! AWARD TOP10 VVIP THE FACEBLOG 2011!

Wednesday 2 March 2011

Permainan KIM

Permainan KIM
Asal Usul

Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama Kimball O’ Hara. Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu apa yang dilihatnya. Kepandaian beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu permainan untuk melatih pancaindera yang terdapat pada tubuh manusia.

Permainan Kim ini melatih seseorang menggunakan semua pancainderanya seperti mata, dan ingatan, telinga dan pendengaran, deria rasa dan deria bau. 

Cara-Cara Permainan


Stesen Satu : Deria Mata Dan Ingatan
Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel, kerongsang botol minyak, lilin dan sebagainya.
Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat benda-benda tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat benda kecil.
Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki mengingat dan menulis semula barang - barang yang dilihatnya. Pemain yang paling banyak mengingati barang dengan tepat dikira pemenang.
Stesen Dua : Deria Sentuh
Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan tangan lapan hingga sepuluh barang. Contohnya jam, lilin, pen, kotak mancis dan sebagainya.
Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk memegang barang-barang.
Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang yang dipegang. Pemain yang paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.
Stesen Tiga : Deria Rasa
Beberapa larutan disediakan seperti air gula, air garam, air asam jawa, cuka, kopi dan milo.
Pemain dikehendaki menutup mata dan seorang petugas akan meletakkan sedikit larutan untuk dirasa dengan lidahnya.
Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan yang dirasai. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.
Stesen Empat: Deria Bau
Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih. Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain.
Setiap pamain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini.
Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.
Stesen Lima : Deria Mata Dan Ingatan
Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas.
Setiap kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat dan mengingat daun-daun tersebut.
Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama dengan set daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu minit tadi.
Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan dikira pemenang.

Galeri : Logo Pandu Puteri











Pandu Puteri Kelip Kelip

Objektif
Program Kelip-kelip menawarkan pelbagai aktivtiti kepanduan yang membolehkan warga pra sekolah:
  • Memupuk kemahiran melahirkan perasaan;
  • Menguasai kemahiran menyanyi, bercerita, melengkap dan mewarnakan gambar
  • Mengukuhkan kemahiran sosial.


Matlamat
Program Pra Tunas mempunyai matlamat mencungkil serta mengambangkan potensi setiap warga Pra Sekolah untuk memperkayakan lagi suasana pembelajarannya.
Ikrar
Saya berjanji akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia dan menolong orang setiap masa.

Laman web rasmi PAndu Puteri Malaysia : http://www.panduputeri.org.my/index.php

Cerita Brownie

Cerita Tommy dan Betty
Rumah Tommy dan Betty bersepah-sepah. Pinggan mangkuk tidak dicuci.  Baju tidak digosok.

Permainan bertaburan di atas lantai. Tommy dan Betty tidak ambil peduli. Mereka benci mengemas rumah. Ibu mereka merungut lalu berkata “ Kalaulah ada Brownie, tentu rumah saya kemas”.

Tommy bertanya, siapakah Brownie itu.

Ibunya menerangkan. Brownie itu ialah seekor pari-pari kecil yang masuk ke dalam rumah secara senyap sebelum waktu Subuh.
Ia mengemas rumah, menggosok baju, membasuh pinggan dan membuat segala kerja rumah secara rahsia.
“ Hebat!! Bagaimana kita ingin mendapatkannya?” kata Betty kehairanan.

Ibu menyuruh Betty dan Tommy pergi ke hutan bertemu dengan burung Hantu yang bijaksana.

Pada waktu malam, Tommy dan Betty keluar ke hutan. Mereka ingin bertemu dengan burung hantu yang bijaksana.

Mereka terdengar bunyi burung hantu. Mereka ternampak burung hantu itu  di atas dahan.

Mereka memanjat pokok dan duduk di atas dahan. Burung hantu itu memeluk mereka dengan sayapnya yang lebar.

Mereka bertanya kepada burung hantu, bagaimana untuk bertemu dengan Brownie.

Burung hantu berpesan. Untuk bertemu Brownie, mereka perlulah mencari sebuah kolam. Apabila berjumpa, mereka perlulah mengelilingi kolam itu sebanyak tiga kali. Mereka perlu berkata “ Pusingkan saya dan tunjukkan rupa pari-pari. Saya lihat dalam air rupa….”
   

Mereka terlihat bayang-bayang mereka sendiri.

Tommy dan Betty berasa amat letih. Mereka sangat kecewa kerana tidak bertemu dengan Brownie yang dicari. Mereka kembali berjumpa dengan burung hantu di atas pokok.

Tommy dan Betty memberitahu burung hantu bahawa mereka tidak berjumpa dengan Brownie. Mereka hanya nampak wajah mereka sendiri di dalam air.
Burung hantu yang bijaksana itu menerangkan bahawa, Tommy dan Bettylah Brownie yang mereka cari. Merekalah pari-pari yang perlu membantu ibu mereka di rumah.

Tommy dan Betty pulang ke rumah sambil berfikir. Merekalah yang sepatutnya menolong ibu mereka setiap masa.

Keesokan harinya, Betty dan Tommy bangun awal pagi. Mereka mengemas rumah, menyapu sampah, mengelap lantai dan membantu ibu mereka menyediakan sarapan.

Setiap hari mereka berbuat begitu. Akhirnya mereka menjadi rajin dan bertanggungjawab seperti Brownie.

Kewajipan kepada Agama

Tempat Ibadat
  1. Guru menunjukkan gambar tempat-tempat ibadat bagi setiap kaum. Contoh:-

    Masjid

    Tokong

    Kuil

    Gereja
      
  2. Guru menerangkan siapakah yang beribadat di tempat-tempat tersebut
  3. Guru meminta murid memadankan gambar dengan kaum yang beribadat di tempat-tempat berikut.
Perayaan di Malaysia
  1. Guru menunjukkan kad gambar jenis-jenis perayaan di Malaysia.
  2. Guru Menamakan perayaan yang berkaitan :
    • Hari Raya Puasa
    • Deepavali
    • Tahun Baru Cina
    • Hari Natal

      Hari Raya Aidilfitri

      Tahun Baru Cina

      Deepavali

      Hari Natal
        
  3. Gambar pakaian tradisional kaum di Malaysia

    baju kurung

    cheongsam

    sari

    pakaian Iban

    pakaian Sumazau
http://www.cute-smiley.com

B